Penghujung 20-an

Aku bersikap berkecuali berkenaan ‘hari ibu’ yang diharamkan oleh sesetengah ulamak. Aku juga tak mahu argue/bersetuju dengan pendapat mereka. Haram atau tidak, pada aku ia sama saja. Tak ada hari ibu,kamu tetap bisa mensambutnya pada hari-hari apa yang kamu mahu. Hari-hari pon boleh. Dan kalau benar mahu melakukan sesuatu yang special buat ibu kamu,boleh saja raikan nya pada hari lahir mereka. Apakah masalah nya? Kan?

Aku.
Aku dah jadi ibu sebanyak tiga kali dan akan kekal menjadi ibu untuk selama-lamaaaaaaanya.

Mei.
Aku lahir pada bulan Mei. Jadi aku sememangnya akan diistimewakan oleh anak-anakku setiap bulan Mei. Opps, setakat ini, yang tahu mengistimewakan aku pada bulan Mei ialah suami dan Shafiq. Lagi dua lelaki kesayanganku,belum mengerti apa-apa. Mereka saja pon dah cukup istimewa pada aku.

Jadi?

Selamat hari lahir KIMMY. Kahkahkah.

Shafiq meraikan hari istimewa aku dengan sekeping kad buatan sendiri. Sungguh mengharukan. Walaupun hari-hari biasa dia telah mengharu-birukan aku,tapi yang ini tidak. Tap tap tap air mata nak menitik. Tapi kutahan Jebat!

Oppss…dia tulis Happy Mother’s Day. Terima kasih sayang. I assume it is for ‘happy birthday’ to me too. Tahun ini, tak silap, mother’s day jatuh pada 13 Mei kan. So I have both. Hehehe..ohh tolong, jangan issue-kan wishing card anak saya neh, dia belum ngerti apa-apa. Aku akan terangkan pada dia apakah perlu atau tidak dia meraikan Hari Ibu setiap tahun. K-mon la wei.. Theeeeheeheee.

To mum,
Roses are red, violets are blue,
Sugar is sweet, SO ARE YOU.

Pantun dua kerat omputih. Awak ada? Hahaha

Aku tak pasti kenapa dia tertulis ‘daughter’ kat situ. *urutdagu*

Terima kasih sayang……terima kasih kerana menjadi anak ibu. Ohya, terima kasih suami for *blushing* me yesterday. Tak apa, I tahu you nak celebrate today,tapi dah ter-advance buat semalam. I ok ajeeee. Hari ni you ada bersama I untuk sepanjang hari pon I dah suka sangat.

Dari hari Jumaat dia panggil princess princess. Malewwww tapi suka jugak. Ahh,dah nama pon isteri,apa benda yang sweet muit suami buat pastilah suka. Gila tak suka? Mental lah tu. Haha.

Seronok rupanya jadi princess nih, semua benda,kita yang diutamakan. *tongkat dagu mata tengok atas*

Tokwan

28 April 2012
2250 hrs

Tokwan pergi meninggalkan kami semua dalam sekelip mata. Beberapa minit sebelum tu,aku baru saja mendapat panggilan dari mama mengatakan tokwan sedang koma. Suara mama tidak berapa jelas kerana tersekat-sekat disebabkan menangis. Aku tahu,mama terkejut dengan keadaan tokwan yang tiba-tiba mengadu sakit dada namun sebaik tiba di hospital dengan menaiki ambulans,tokwan semakin kritikal. Pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkan tokwan. Namun, Allah lebih menyayanginya.

Aku terus kelam kabut siapkan pakaian kami mana yang sempat dicapai. Dan bila suami sekali lagi menghubungi Tehma (ibu saudara) – hanya beberapa minit selepas mama call memaklumkan keadaaan tokwan – Tehma hanya sempat berkata TOKWAN DAH TAK ADA! Ya Allah. Bagai mimpi. Aku terduduk. Airmata aku tumpah juga. Aku beristifar sebanyaknya. Suami ambil alih tugas mengemas pakaian.Aku sudah tidak berupaya.

Ya Allah,Tuhan kami yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun
Tempatkan lah tokwan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihani Mu sebagaimana dia mengasihani kami.

Kami rindu tokwan……..Alfatihah

Sebahagian barang terakhir arwah yang selalu ada bersamanya. Note RM65.50 tu adalah kiraan tabungan syiling tokwan. His handwriting.

Kembali Bersiaran

Selamat bersiaran.

Aku tidak tahu sudah berapa kurun aku tidak berblog. Aku benar-benar sibuk. Aku memasak hari- hari. Lately, aku lebih kerap memasak. Setiap hari aku pusing mempikirkan menu untuk hidangan keluarga aku. Setiap hari. Ia lebih pusing dari aku mempikirkan idea merekabentuk tandas sewaktu dalam pembelajaran senireka bentuk bangunan suatu ketika dulu. Bukan sahaja aku perlu kreatif jadi chef (kecil)dalam mempelbagaikan menu nafkah zahir untuk anak-anak dan suami, malah aku perlu juga ada ilmu meteorologi untuk meramal cuaca setiap hari. Itu adalah  syllabus ‘kerja mendobi’ aku. Boleh saja kalau aku guna dryer yang terhias kat dapur aku,tapi aku pentakut menggunakan benda mesin itu. Bunyi dia pon dah boleh buat aku lari keluar rumah tak pakai selipar. Eh apa ke lawak bangang ni hah? Hahahahahahaha. Bunyi dia bukanlah kuat sangat pon sebenarnya,tapi tindakan refleks dari bunyian itu menghasilkan satu goyangan gerudi yang aku tak suka tengok. Aku bimbang dia akan terpelanting berputar menerawang seluruh rumah aku macam batu asteroid kat angkasa lepas yang what the hell aku merapu tah ni?

Aku boleh je tulis, kalau tak guna dryer tu,aku boleh je jimat letrik untuk tengok tv terbongkang kat hall sambil bf Umar.KAHKAHKAH.

Untuk tidak membuatkan aku jauh ketinggalan dalam arus kemodenan, (bahasa tak nak kalah)mujur aku ada twitter. Apa benda yang jadi kat dunia yang fana, kawan-kawan aku, sales sana sini, blablabla aku dikemaskini dari situ. Mujurrrrrrr ada twitter. Facebook pon. Tapi facebook sekarang tak boleh diharap sangat. Bluekk.

Nampak sangat, nak baca suratkhabar pon tak sempat. Sibuk hoi sibuk.

Lantas, kesibukan aku memakan diri aku. Kahkahkah. Aku terlupa yang domain aku dah expired. Hambekk aku! Berderet invoice mail dia punya remind. Sampai dah expired SEPULUH HARI baru aku eh eh alaaaa…domain expired *garupaletakgatal*. Ok,dah sedar dah nih domain expired, sempat lagi..ahh malam karang lah transfer ongkos..toing, masuk tidur lenggang kangkung. Esoknya, hak alah..lupa transfer online la malam tadi. Ok, lepas masak kang online jap lah. Lepas masak makan kenyang landing depan tv layan telenovela bf Umar, oh angkat kain jemuran,main dengan anak,riadah,lipat kain…tetttt..lenggang kangkung masuk bilik tidur. Nah, tiap-tiap malam bawak kangkung masuk bilik tidur.

Conclusion : aku ada permasalahan memori atau apa benda yang sesuai mendefinasikan aku..boleh lah.

Aku ada banyak benda penting juga yang harus aku utamakan/urus selain keluarga dan anak-anak. Wei, aku ada TIGA hero tau. Eh, EMPAT sebenarnya (plus suami,tapi nasib baik dari empat hero tersebut, dua darinya tahu mandi dan makan sendiri hahahaha).  Benda penting yang perlu dipikirkan dan dilaksanakan demi menjana masa depan yang berkualiti. Nak harap blog sobsobsobsob T___T ini bukan ketegori blog selebriti. 3 tahun berblog termasuk 2 tahun letak Nufnang ads, duit aku baru sebelas hengget! Ok, boleh gelak kikiki tak apa, I tak deep deep touching pon no worries. Ohya,kenapa tah aku letak Nufnang ads pon aku tatau. Orang suruh letak,aku letak ahh kahkahkah.

Lagi satu nak bagitahu. Aku kena tipu dengan seorang wanita yang buat online business nih. Eh,dua orang sebenarnya. Mensampahkan sungguh! Nak aku cerita tak? Ok bak singgit sorang supaya aku terasa aku berblog ada jugak incomenya seperti orang lain. Hahahahadoiyai. Desperado sungguh! I’m joking la dear. Takyah ahh cerita, simpan diam-diam dalam hati lebih baik. Sebab ia tidaklah sampai menjejaskan hidup mati aku atau menjejaskan urusan perbankkan aku hahaha. Aku pon orang berbisnes juga. Aku fahammmm mungkin wanita-wanita tersebut ada sebab tertentu yang membuatkan mereka terpaksa membohongi atau mengenakan aku. Saya maafkan kamu. Tapi please,jangan buat macam ni lagi. Kamu berniaga, dan kamu sudah tentu mahukan keberkatan dalam perniagaan kamu memandangkan kamu seagama dengan ku.

Sekian. Terima kasih.

Huk aloh, tetibe sekian terima kasih. Haha.

Picture’s of the day : Go to masak.

HewHewHew

Phewww.

Daulat Tuanku. 12 April 2012.
Ini cerita semalam. Cerita pada hari cuti umum. Exhausted sampai minta nyawa. Come come let me tell apa yang penat sangat sampai minta nyawa tew.

  • Bangun agak lewat maka breakfast menjadi BRUNCH. Eleh, macam tak pernah.
  • Siap untuk keluar. Out for groceries shopping. Macam yang I update kat twitter. Time : 1120pm
  • Shopping shopping shopping. Since last nite, dah bertekad dan berjanji setia nak cuba masak portuguese grill squid. Resepi pon dah salin siap dalam notebook. Itu pon aku update dalam twitter.
  • Mencari barang macam menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Eh, apa neh?
  • Apahal orang ramai sangat? Dari tadi asyik eksiden troli! Oh, public holiday.
  • Left the Tesco at 4pm! What???
  • Rushed back home. You think?
  • Start cook at 0450pm. Masak tetap masak. I dah jadi octopus banyak tangan.
  • Serius jadi octopus. Shafiq dah berzikir nak makan. Nah koko crunch,makan tu dulu. Cepat pon cepat. Shafiq diam lalalala bawak semangkuk koko crunch dan susu pergi depan. Kartun.
  • Husband tolong siang ikan dan bersihkan sotong. Then potong sayur for the soup.
  • Me, buat tumis-tumis, blend segala.
  • Qaiser minta perhatian. Dua kali tumpahkan koko crunch. Dua kali I terbongkok-bongkok kutip. He demanding. Sekarang dia mahu Calcium yogurt pula. I kena stop kerja dapur untuk suapkan dia. Husband manage the kitchen.
  • Setel Qaiser, back to ‘work’
  • Almost done with vege soup and sauce for grill, hadap Umar pula. Feed Umar. Breastfeed! Maknanya, I kena pause lagi.
  • At 0520pm, all done. Portuguese squid grill with kembung set. Hahaha. Nama tak nak kalah. Vege soup plus ikan goreng.
  • Eat eat eat macam ‘blender’. Saya lah tu. Makan telan makan telan macam tak sempat nak kunyah.
  • Asar. Siap-siap untuk…….
…..beriadah dengan anak-anak. Phewwwww…..
sweating is sexy
Its 0625 am (12/04/2012) while I’m typing this entri.
And……SAYA BELUM TIDUR LAGI SEJAK DARI KEJADIAN YANG DICERITAKAN INI. 
Now, kejutkan Shafiq dan siapkan dia ke sekolah. T____T
Good morning peeps.

Rasta TTDI

31 March 2012. It is Saturday.

Pada hari tersebut,kami sekeluarga telah bersepakat (seperti biasa,kalau keluar pergi mana-mana pon mesti sepakat supaya membawa berkat :P ) mengikut rancangan saya untuk menziarahi bakery booth kawan saya di Rasta TTDI. Okeh, pecah rahsia. Nampak macam bersepakat,tapi ada drama sebalik muafakat. Eh, apa neh? Tolong jangan bagi keliru lagi mengarut boleh? Pada Sabtu tersebut, suami sepatutnya ada urusan kerja di Setiawangsa. Entah kenapa, sejak dua menjak neh, suami akan ada urusan kerja pada hujung minggu. Kalau tidak hari Sabtu,mesti Ahad. Seminggu dua ada toleransi lagi lah kan. Tapi dah berminggu berturut, si isteri pasti mula bertanya. Dulu-dulu OK ajeeeeee. Lepas tu gunakan Shafiq sebagai penyebab. Konon, eh kesian Shafiq, weekend kena duduk rumah. Nampak? Drama sangat kan. Padahal, budak tu elok je layan kartun sepanjang hari. Siap marathon lagi!

Drama Queen!

Seperti Sabtu ini, isteri buat drama lagi. Hantar sms kat suami bertubi-tubi. Lepas satu satu cerita sedih keluar. Lalu…suami bersetuju menunda kerja pada Sabtu ke Ahad esoknya. Ahh..mujurlah customer pon kebetulan ada hal pada Sabtu itewww.

Laaarrrrrhhhh….!!

Rasta Taman Tun Dr. Ismail.

Kali pertama saya sampai tempat nih. Sebelum kesini,saya tanya pada suami apakah dia tahu tempat ini. Tak,dia tak tahu. Kalau dia tak tahu, saya laaaaaagilah tak tahu. Terus rasa pelik kenapa suami tak tahu. Dia tu saya anggap GPS saya. Lalu, capai handphone dan langsung tweet tweet owner’s booth tersebut, cik Alya Tokey LurveSweet itewwww. Mujur direction kelihatan mudah. Boleh hafal macam hafal sifir dua.


Continue reading